DISCLAIMER
Karangan ini ditulis sebagai kerja rumah yang diberikan oleh guru saya sepanjang bergelar seorang murid sekolah menengah (tingkatan 4 dan tingkatan 5). Saya menggunakan pelbagai sumber dan karangan-karangan nukilan murid/guru lain sebagai rujukan (sumber dinyatakan di akhir karangan). Karangan ini tidak dibetulkan selepas disemak jadi kemungkinan terdapat beberapa kesalahan lewah dan kesalahan tatabahasa. Semoga karangan ini bermanfaat untuk calon-calon PT3/SPM yang lain!
Isu: Bangunan-bangunan
bersejarah di negara kita
Kata Kunci: Kepentingan
memelihara dan memulihara
Sasaran: Umum
Format: Pendapat (Bahagian
A)
KEPENTINGAN MEMELIHARA DAN MEMULIHARA
BANGUNAN-BANGUNAN BERSEJARAH DI NEGARA KITA
Pada era modenisasi ini, pembangunan negara semakin pesat
berkembang bak cendawan tumbuh selepas hujan. Waima perkara ini
adalah untuk kemaslahatan negara, namun pada sisi negatifnya, banyak
bangunan bersejarah yang terpaksa dirobohkon untuk digantikan dengan gedung-gedung
pencakar langit yang megah. Pada zaman dahulu, kuasa-kuasa asing yang
bertapak di Tanah Melayu telah membina bangunan-bangunan dan kubu-kubu sebagai
tempat perlindungan mereka bagi melawan musuh. Peninggalan ini membuktikan
Tanah Melayu yang kedudukannya strategik di jalan perhubungan yang
menyambungkan India dan Cina serta kekayaan bahan mentah dan hasil hutan yang
menjadikan Tanah Melayu diincar oleh kuasa-kuasa Barat. Fakta ini kuat disokong
oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) yang telah mengiktiraf negeri
Melaka dan Georgetown sebagai bandar bersejarah yang patut dikagumi dan
dilawat. Namun persoalannya, apakah kepentingan memelihara dan memulihara
bangunan-bangunan bersejarah di negara kita?
Salah satu
kepentingan memelihara dan memulihara bangunan-bangunan bersejarah di negara
kita ialah bangunan-bangunan inilah yang menjadi sumber maklumat sejarah.
Tamsilnya, kota A Famosa yang telah dibangun oleh Portugis menjadi
tempat penyelidikan sejarawan-sejarawan untuk mengkaji masa silam negara kita.
Terdapat banyak artifak dan peninggalan dalam bangunan-bangunan sejarah yang
boleh dikaji secara saintifik dan penelitian untuk menggali kebenaran sejarah
kita. Melalui bukti-bukti yang nyata inilah sejarah negara kita tidak terkubur
dan hilang begitu sahaja. Bangunan-bangunan bersejarah ini menjadi bukti nyata
yang dapat disaksikan sendiri oleh generasi kita dan generasi akan datang yang
menggalakkan rakyat untuk terus mengkaji dan mengenang masa lampau tanah ibu
pertiwi yang kita jejak kini. Tegasnya, bangunan-bangunan bersejarah perlulah
dipelihara dan dipulihara sebagai bukti sejarah negara kita yang konkrit
sebagai warisan kepada generasi yang akan datang.
Seterusnya,
bangunan-bangunan bersejarah menjadi tarian pelancong yang paling dominan.
Buktinya, kebanyakan pelancong yang datang ke negara kita pasti akan menjejak
tanah negeri Melaka yang amat masyhur dengan sejarah kegemilangan Kerajaan
Melayu Melaka. Pelancong-pelancong yang datang akan memberikan kesan yang
positif terhadap ekonomi negara kita kerana akan menaikkan nilai komersial mata
wang Ringgit serta membuka peluang pekerjaan yang luas dalam sektor pelancongan
dan perkhidmatan untuk rakyat negara kita. Perkara ini juga dapat dibuktikan
dengan negara-negara Barat yang mengambil inisiatif dalam melestarikan
bangunan-bangunan bersejarah mereka seperti Hagia Sophia di Turki, Windsor
Castle dan Roman Baths di England dan Notre Dame Cathedral di Perancis.
Waima usaha ini memakan dana yang amat besar, namun pulangannya amat
menguntungkan sesebuah negara. Dato’ Seri Ng Yen Yen mengatakan bahawa seramai
2.2 juta pelancong telah melawat Malaysia pada tahun 2010 dan perbelanjaan
ialah sebanyak RM6 billion. Pelancong-pelancong yang datang melawat tempat
bersejarah akan melonjakkan taraf ekonomi negara kita. Izharlah bahawa
bangunan-bangunan bersejarah menjadi tarikan utama kedatangan
pelancong-pelancong ke negara kita.
Akhir sekali,
bangunan-bangunan bersejarah perlu dipelihara dan dipulihara untuk mengekalkan
keunikan seni bina. Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia telah dijajah oleh
banyak kuasa Imperial dari barat. Selain daripada kesan terhadap
ekonomi, sosial dan politik, ciri-ciri seni bina bangunan-bangunan negara kita
juga telah banyak dipengaruhi oleh estetika seni bina luar. Tamsilnya, Bangunan
Sultan Abdul Samad telah dibina dengan pengaruh seni bina Moorish dan
Moghul yang berunsurkan Islam. Manakala Candi Lembah Bujang di Kedah
yang dibina ketika zaman kegemilangan Kerajaan Kedah Tua berunsurkan agama
Hindu. Seni bina bangunan-bangunan bersejarah inilah yang menjadi simbol
kepelbagaian dan keunikan negara kita. Sesungguhnya, bangunan-bangunan
bersejarah perlu dipelihara dan dipulihara untuk mengekalkan identiti sejarah
negara kita yang semakin lama semakin sirna ditelan zaman.
Walhasil, bangunan-bangunan sejarah merupakan aset yang amat vital
untuk kita. Tanpa bangunan-bangunan bersejarah ini, bagaimanakah kita mahu
membuktikan kegemilangan ibu pertiwi kita kepada masyarakat luar dan
generasi yang akan datang? Bangunan-bangunan bersejarah yang menjadi tinggalan
dan khazanah negara kita telah meninggalkan banyak kenangan pahit dan manis
kepada masyarakat kita. Bangunan-bangunan ini jugalah yang telah menyaksikan
perjuangan nenek moyang kita yang rela menumpahkan darah mereka bagi memperjuangkan
nasib anak bangsa demi mencapai kemerdekaan. George Santayana, tokoh
falsafah Sepanyol pernah mengatakan bahawa mereka yang melupakan sejarah pasti
akan mengulangnya kembali. Marilah kita berganding bahu melestarikan
bangunan-bangunan sejarah daripada dirobohkan dan dilupakan oleh masyarakat
yang tidak mengenal erti sejarah kerana bangunan-bangunan inilah yang menjadi
khazanah turun-temurun agar dapat disaksikan oleh anak-anak bangsa kita pada
masa hadapan. Sejarah negara kita perlu dikekalkan dan dikenang kerana nilai
sejarah tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
Oleh- Hebatallah Kamaluddin (5KAA), 25 Mac 2019 . 700
patah perkataan
very good i like it
ReplyDeletei lovee itt :))))
ReplyDeleteBaguslah krgn awk..terima kasih!(^^)
ReplyDeleteI have a question,karangan spm boleh 3 isi sahaja atau wajib 5 isi?
ReplyDeleteBahagian A boleh 3 - 4 isi (bergantung kepada isi yang diberi dalam soalan). Bahagian B cikgu saya cakap kalau penerangan isi-isi tu panjang, 4 isi je pun sudah mencukupi. Kalau sempat nak tulis 5 pun boleh juga (sebagai backup juga). Boleh bertanya kepada guru BM awak terus supaya lebih pasti, takut skema dia dah bertukar pulak tahun ni 😊
DeleteYour blog is so aesthetic! I love it, thanks for sharing this karangan! This is amazing :)
ReplyDeletethank you so much for the kind comment! </3
DeleteThanks>//<✨
ReplyDeletemy pleasure (:
Delete