Top Social

KARANGAN SPM - Kepentingan Pengangkutan Alaf Baru

9 Dec 2019
DISCLAIMER

Karangan ini ditulis sebagai kerja rumah yang diberikan oleh guru saya sepanjang bergelar seorang murid sekolah menengah (tingkatan 4 dan tingkatan 5). Saya menggunakan pelbagai sumber dan karangan-karangan nukilan murid/guru lain sebagai rujukan (sumber dinyatakan di akhir karangan). Karangan ini tidak dibetulkan selepas disemak jadi kemungkinan terdapat beberapa kesalahan lewah dan kesalahan tatabahasa. Semoga karangan ini bermanfaat untuk calon-calon PT3/SPM yang lain!




Isu: Pengangkutan alaf baru di Malaysia
Kata kunci: Kepentingan
Sasaran: Umum
Jenis: Pendapat (Bahagian A)


KEPENTINGAN PENGANGKUTAN ALAF BARU


Menempuh era pascaglobalisasi dan pascaperindustrian, kemajuan teknologi menunjukkan perubahan yang amat drastik bak cendawan tumbuh selepas hujan sejak kemerdekaan negara kita dicapai pada tahun 1957. Orang-orang dahulu terpaksa menempuh perjalanan yang sangat lama untuk pergi ke suatu tempat yang jauh kerana perlu berjalan kaki atau menggunakan sepeda. Namun, masyarakat kontemporari kini sangat bertuah kerana terdapat pelbagai jenis pengangkutan awam yang disediakan seperti bas awam, monorel, ERL dan komuter.  Pengangkutan awam yang moden tercipta hasil inovasi dan perkembangan teknologi sejajar dengan arus pemodenan dunia. Namun persoalannya, apakah kepentingan pengangkutan alaf baru kepada masyarakat kita?



   Pengangkutan awam yang moden dapat menjimatkan masa dan kos pengangkutan. Secara tamsilnya, perjalanan dari Kuala Lumpur ke Penang dengan memandu kereta mengambil masa lebih kurang 6 jam. Namun, perjalanan dengan menaiki kereta api elektrik (ETS) hanya memakan masa lebih kurang 4 jam. Perjalanan yang singkat menjimatkan masa perjalanan. Harga yang ditawarkan oleh syarikat pengangkutan awam juga sangat berpatutan kerana kemudahan yang ditawarkan adalah yang terbaik. Penumpang pengangkutan awam dapat menjimatkan kos bahan bakar petrol yang harganya mahal dan tidak menentu di pasaran. Keadaan ini persis dengan kata pepatah ingat sementara belum kena, jimat sebelum habis dan masa itu ibarat emas. Tegasnya, masa dan kos pengangkutan boleh dijimatkan oleh orang ramai yang menggunakan pengangkutan alaf baru.



   Dalam nada yang lain,  pengangkutan alaf baru turut mengurangkan kesesakan lalu lintas. Majoriti marhaen mempunyai kenderaan persendirian masing-masing yang menjadi penyumbang kepada kesesakan lalu lintas terutamanya di pusat bandar seperti Kuala Lumpur. Jika masyarakat memilih untuk menggunakan bas awam, monorel, atau ERL untuk pergi ke tempat kerja atau destinasi masing-masing, kesesakan lalu lintas dapat dikurangkan dan semua orang dapat pergi ke destinasi masing-masing tanpa perlu membuang masa berjam-jam di jalan raya. Sesungguhnya, kesesakan lalu lintas dapat dikurangkan apabila masyarakat memilih untuk menggunakan pengangkutan awam.



   Akhir sekali, pengangkutan awam yang mesra alam dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar. Tamsilnya, monorel, ERL dan ERT ialah kenderaan awam yang tidak mengeluarkan alam. Maka kuranglah pembebasan gas-gas beracun ke persekitaran seperti karbon monoksida, gas nitrogen dan tar yang hanya akan meningkatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sekaligus mengancam kesihatan manusia sekeliling. Hal ini akan menjadikan masyarakat dapat hidup dalam keadaan yang selesa dan tidak tergugat dengan pencemaran udara yang dalangnya adalah manusia sendiri. Izharlah bahawa penggunaan pengangkutan alaf baru dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar dan melestarikan kebersihan udara.



    Berdasarkan huraian-huraian yang telah dijelaskan, izharlah bahawa terdapat banyak maslahat yang dapat diperoleh dari penggunaan pengangkutan alaf baru. Maslahat daripada penggunaan pengangkutan alaf baru sememangnya akan menguntungkan semua pihak termasuk alam sekitar juga. Pihak kerajaan perlulah meningkatkan taraf kemudahan pengangkutan awam agar lebih ramai orang yang selesa untuk menggunakan pengangkutan awam. Kesimpulannya, kita mestilah sering menggunakan pengangkutan awam berbanding kenderaan persendirian untuk mengurangkan kesan-kesan buruk yang hanya akan menyusahkan kehidupan kita. Sesungguhnya, kemajuan dalam pengangkuran alaf baru perlulah disokong oleh rakyat kita supaya kualiti hidup kita dapat ditingkatkan dan negara dapat dibangunkan dengan memenuhi aspirasi negara menjelang pencapaian Wawasan 2020.




Oleh Hebatallah Kamaluddin, 22 April 2019
494 patah perkataan


Related image
(credit to the rightful owner @ pinterest)

3 comments on "KARANGAN SPM - Kepentingan Pengangkutan Alaf Baru"
  1. Saya minta izin jadikan rujukan ya.Terima kasih.. Karangan yang baik..

    ReplyDelete
  2. Thanks and that i have a neat provide: How Often Renovate House custom home additions

    ReplyDelete

Your thoughts

Auto Post Signature

Auto Post  Signature